Pilih Lokasi Anda

Apa itu Fast Pass?
Fast Pass merupakan Sistem Tiket Elektronik terkini yang digunakan oleh Cityliner yang membolehkan nilai disimpan di dalam kad, butir perjalanan direkodkan dan nilai tambang setiap perjalanan ditolak daripada nilai simpanan di dalam kad.

Bagaimana ia berfungsi?
Alat Tiket Elektronik kami akan mengenalpasti sama ada Fast Pass anda adalah jenis konsesi ataupun biasa dan akan menolak tambang anda secara otomatik mengikut perjalanan dan jenis kad anda. Ini memudahkan anda mengurus perbelanjaan anda.

Mengapa Fast Pass?

  • Cara terbaik melakukan perjalanan
  • Pembayaran tanpa tunai
  • Mudah digunakan
  • Masa menaiki bas lebih singkat
  • Boleh dipindah milik
  • Lebih nilai tanpa caj tersembunyi
  • Senang dibawa dan fleksibel; satu kad untuk semua bas dan laluan Cityliner

Konsesi (Tambang diskaun) Fast Pass
Dikhaskan untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah sahaja, pelajar berpakaian seragam, Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas (berumur 60 tahun ke atas).

Nilai Hebat/ Penjimatan
Baki tidak mencukupi? Jangan risau… anda masih boleh menggunakan perkhidmatan kami dengan baki serendah 10 sen.

Jadi mengapa tunggu lagi?
Dapatkan ‘Fast Pass’ anda di kaunter tiket berdekatan atau di atas bas Cityliner sekarang!

© 2008 Cityliner|Powered by UESES